February 1, 2011

Yang DiKejar Biar Dapat, Yang DiKendung Jangan Keciciran


Cadangan tambak laut persisiran pantai Perlis timbul semula. Projek ni sepatutnya dah siap sepenuhnya sekitar pertengahan 1990an. Entah apa sebabnya, segala nampak tidak menjadi. Persisiran pantai Kuala Perlis ke Kuala Sanglang kekal seperti dulu. Hanya sedikit pembangunan dapat dilihat di sekitar Kuala Perlis.

Tidak dinafikan, langkah menambak laut perlu bagi Perlis. Saiz dan keadaan fizikal negeri menjadi kengkangan utama untuk memajukan kawasan sediada. Impak positif tambak laut kepada ekonomi dirujuk pada Melaka dan Singapura. Kedua-dua contoh ini telah menampakkan kemajuan yang dinamik hasil dari tambak laut. Macam2 boleh dimajukan di kawasan 'man-made' ini. Pelbagai sektor ekonomi baru boleh diusahakan. Sudah tentu Perlis akan mengalami satu senario dan perubahan struktur ekonomi yang berbeza dari apa yang telah dialami sekarang. Segalanya nampak menerujakan termasuk kepada kerajaan dan rakyatnya.

Cuma, dalam pengharapan tinggi ini tidak dilupakan jasa2 asas ekonomi sediada. Perlis memiliki jeti pendaratan ikan kedua terbesar di Semenanjung. Sumbangan kepada ekonomi  negeri sudah tentu amat bermakna. Nelayan persisiran pantainya amat aktif. Menyedari hakikat ini, LKIM sudah lama merancang untuk membangunkan sebuah Pelabuhan Perikanan di Kuala Perlis. Sehingga kini, ia belum berhasil. Sumber kewangan jadi halangan.

Diharapkan projek tambak laut bukan sahaja dapat membangunkan sektor ekonomi baru negeri. Ia juga perlu meningkatkan sumbangan struktur ekonomi sediada. Khususnya, sektor perikanan. Jadikanlah Kuala Perlis sebagai pusat perikanan dan maritim yang lebih unggul. Golongan nelayan juga perlu mendapat faedah dari projek tambak laut ini.

No comments: