February 8, 2011

Persinggahan Wajib Setiap Kali Balik Kampung


Memang setiap kali cukup bulan atau cuti perayaan mesti balik kampung di Melaka. Emak masih ada. Kenalah ziarah dia bila ada kelapangan. Dapatlah hilangkan rasa sunyi emak sekejap bila anak, menantu dan cucu2 dia balik. Itu saja yang dia mahu. Anak2 sentiasa ingatkan dia. Kalau tak balik kenalah talipon. Tanya khabar.

Emak dah cukup faham kami sekeluarga. Dia tak payah susah2 nak masak. Kalau balik kampung, kami mesti singgah restoran ni. Restoran Yong Tau Foo kat Pantai Puteri. Pemiliknya orang kampung kami juga. Memang lazat dan fresh ditambah dengan kuah sopnya panas2. Anak2 pun tak pernah bantah kalau cadang makan di sini. Lepas kenyang, oleh2 untuk emak mesti kami bawakan.

Kalau tak sempat singgah dalam perjalanan balik ke kampung. Ada satu lagi restoran ni di Pulau Gadong. Kami mesti singgah sebelum bertolak balik ke KL. Kalau lupa, anak2 akan ingatkan. Pokoknya, restoran yong tau foo mesti dikunjungi kalau balik Melaka. Ia semacam wajib pulak.

February 1, 2011

Yang DiKejar Biar Dapat, Yang DiKendung Jangan Keciciran


Cadangan tambak laut persisiran pantai Perlis timbul semula. Projek ni sepatutnya dah siap sepenuhnya sekitar pertengahan 1990an. Entah apa sebabnya, segala nampak tidak menjadi. Persisiran pantai Kuala Perlis ke Kuala Sanglang kekal seperti dulu. Hanya sedikit pembangunan dapat dilihat di sekitar Kuala Perlis.

Tidak dinafikan, langkah menambak laut perlu bagi Perlis. Saiz dan keadaan fizikal negeri menjadi kengkangan utama untuk memajukan kawasan sediada. Impak positif tambak laut kepada ekonomi dirujuk pada Melaka dan Singapura. Kedua-dua contoh ini telah menampakkan kemajuan yang dinamik hasil dari tambak laut. Macam2 boleh dimajukan di kawasan 'man-made' ini. Pelbagai sektor ekonomi baru boleh diusahakan. Sudah tentu Perlis akan mengalami satu senario dan perubahan struktur ekonomi yang berbeza dari apa yang telah dialami sekarang. Segalanya nampak menerujakan termasuk kepada kerajaan dan rakyatnya.

Cuma, dalam pengharapan tinggi ini tidak dilupakan jasa2 asas ekonomi sediada. Perlis memiliki jeti pendaratan ikan kedua terbesar di Semenanjung. Sumbangan kepada ekonomi  negeri sudah tentu amat bermakna. Nelayan persisiran pantainya amat aktif. Menyedari hakikat ini, LKIM sudah lama merancang untuk membangunkan sebuah Pelabuhan Perikanan di Kuala Perlis. Sehingga kini, ia belum berhasil. Sumber kewangan jadi halangan.

Diharapkan projek tambak laut bukan sahaja dapat membangunkan sektor ekonomi baru negeri. Ia juga perlu meningkatkan sumbangan struktur ekonomi sediada. Khususnya, sektor perikanan. Jadikanlah Kuala Perlis sebagai pusat perikanan dan maritim yang lebih unggul. Golongan nelayan juga perlu mendapat faedah dari projek tambak laut ini.

January 26, 2011

Memahami Bandar DiRaja Kuala Kangsar


Ramai pasti bertanya mengapa sebuah jet fighter jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk diletakkan di tengah2 Bandar DiRaja Kuala Kangsar ? Apa kaitannya dengan status Bandar DiRaja dengan objek ni ? Ini bukan bandar tentera. Selalunya, bila disebut Bandar DiRaja sudah pasti benda2 berkaitan dengan Kesultanan Melayu lebih ditonjolkan. Seperti istana, galleri, muzium dan mercutanda2 yang lebih sesuai dipersembahkan. Termasuk jugalah ciri-ciri senibina bangunan serta landskapnya lebih mirip ke arah kesenian Melayu. Maka ada yang mula memberi komen atau pandangan secara sinis bila pertama kali berkunjung ke bandar ini. Betapa jet pejuang ni boleh dikatakan 'salah tempat' atau tak sesuai dengan imej Bandar Kuala Kangsar.

Persoalan ini terlerai bila berbincang dengan YDP MPKK. Katanya jet pejuang ni merupakan hadiah yang diterima oleh Sultan Perak pada tahun 2004. Sebagai Sultan, baginda berhasrat untuk berkongsi kegembiraan menerima hadiah ini bersama rakyat dan bandar Kuala Kangsar khususnya. Justru itu, diletakkanlah jet pejuang ni di tempat yang ada sekarang. Di tambah dengan sedikit idea  kreatif YDP membina struktur ala landasan kapalterbang. Nampaklah hebat sikit. Seolah-olah jet tu tengah nak berlepas ke udara.

Apa yang dapat dipelajari di sini ialah pembangunan Bandar DiRaja tidak semestinya terhad kepada ciri2 atau komponen tradisional berkaitan kesultanan Melayu. Ia boleh berupa benda atau objek baru yang berada di sekeliling Sultan. Umpamanya, hadiah2 atau cenderahati yang telah atau akan diterima baginda.  Terpulang pada bagindalah nak di letakkan di mana benda2 tersebut. Ia akan menjadi satu lagi tarikan  baru kepada Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Pasal isu kesesuaian dengan status Bandar Diraja? Jawapannya sudah pasti sesuai kerana asalnya benda ni milik Sultan.

January 22, 2011

Apa Sebenarnya Niat China ?


Ribuan peminat badminton kecewa untuk menyaksikan pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di Kejohanan Badminton Super Siri Proton 2011 di Kuala Lumpur. Mereka berdua diramal bertemu di peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun, penarikan diri Lin Dan di saat2 akhir semasa bertemu teman senegara Chen Long menjadi tanda tanya. Dia dilaporkan sakit perut. Tak mampu nak bermain. 

Ramai yang tak berpuas hati dengan Lin Dan. Termasuklah jagoh Indonesia Taufik Hidayat. Dah tiga kali buat perangai begini bila bertemu rakan senegara. Hinggakan Taufik mencadangkan Lin Dan perlu dihukum oleh BWF.

Jika diteliti tingkah laku pasukan China ni, mungkin ada niat yang tersirat. Chen Long  sudah tentu lebih bersedia dan bertenaga ke separuh akhir selepas menang percuma di peringkat suku akhir. Tambahan pula, beliau masih muda. Tahap staminanya pasti tip top. Lagi pun Lin Dan dah banyak kali menang dengan Chong Wei. Nak bagi peluang pemain lain pulaklah. Mungkin nak malukan Chong Wei andaikata beliau dapat ditumbangkan di hadapan penonton sendiri.

Yang nyatanya, pemain muda China ini tewas mudah kepada Chong Wei di peringkat separuh akhir. Dia jelas bukan lawan Chong Wei. Kalah straight set. Tenggelam dalam sorakan penonton Malaysia. Yang untungnya Chong Wei. Kalau menang dengan Taufik Hidayat dapat USD30,000 sebagai habuan. Pasukan single  lelaki China balik tangan kosong.

January 20, 2011

Ibu Bapa Kena Ada Facebook



Cuba tanyakah pada 10 remaja. Adakah mereka mempunyai akaun facebook ? Jawapannya sudah pasti hampir semua memilikinya. Ia saluran rangkaian sosial maya paling top masakini. Di sinilah mereka bertemu kawan2 dan kenalan baru, berchit-chat dan sebagainya. Aktiviti, perasaan gembira dan duka mereka diluahkan di sini hampir setiap saat dalam sehari.

Walaupun ada isu tentang buruk baik facebook ini, tapi yang nyata ia telah menjadi satu fenomena dan cara hidup masyarakat masakini. Sebagai ibu bapa, rasanya salah satu cara untuk memahami hati anak2 ialah melalui facebook. Dengan siapa mereka berkawan. Apa topik yang mereka selalu bincangkan. Malah masalah dan kesulitan yang mereka hadapi dapat dikesan dengan cepat. Walaupun kadang2 tanpa disedari mereka.

Tujuannya bukan nak menceroboh privacy mereka. Niat ibu bapa sentiasa yang terbaik untuk anak2. Kita cuma mahu 'memantau' dan mengesan kalau2 ada perkara2 yang tidak baik terbibit dari aktiviti facebook mereka. Lagi cepat dikesan lagi baik. Bawa berbincang dengan anak2. Malah anak2 akan jadi lebih close dengan ibu bapa dengan berfacebook. Terutama mereka yang duduk berjauhan.