June 15, 2015

PD Perlu Lebih Banyak Tempat Makan Macam Ni !

Dah lama tak ke Port Dickson. Wal hal 30 minit jer drive dari rumah. Bila isteri kata nak rehat sat. 'Nak cari ketenangan dan ilham untuk design Hari Raya hamper tahun ni.' katanya.  Cari lah tempat paling dekat. Check in lah semalam di hotel. Bergerak lepas maghrib dari rumah. Sampai PD, tinjau2 restoran yang jamu ikan bakar. Jumpa lah restoran tu. Tak yah sebut nama restoran untuk jaga reputasinya. Sebab tak berapa sedap. Order sotong bakar pun hangit. Mintak tisu pun lambat. Ikan bakar pun tak fresh rasanya. Agak mengecewakan. Kalau tengok tempat dan suasana restoran memang class. 

Esoknya lepas breakfast check out. Bersiar-siar sambil memandu ke selatan PD. 'Kill time' orang putih kata. Tengok hotel2 baru sepanjang pantai. Hingga Jambatan Sungai Linggi. Nak tunjuk kat isteri dan anak2 border Negeri Sembilan-Melaka. Lepas tu patah balik. Ternampak pulak bunting2 Rumah Upside Down baru dibuka di sepanjang jalan. Terus cari. Rupanya produk pelancongan baru ni dibuka di premis kedai 2 tingkat. RM15 bayaran masuk. Ingatkan sebuah rumah yang terbalik macam di Sabah. Tak menarik. Orang pun ramai sangat masa tu. 

Kebetulan hari tu hujung minggu. PD agak jam. Panjang deretan kereta yang baru sampai terutama menuju ke Telok Kemang. Suasana PD nampak meriah dan hidup. Jam dah 12.30 tengahari. Kami pun mula mencari tempat yang sesuai untuk lunch. Anak2 cadang Restoran Cowboy Place. Menunya ayam panggang. Mulalah buka waze. 


Lokasinya betul2 di simpang masuk ke PD Marina World Resort. First impression, macam khemah orang kahwin jer. Ramai betul pelanggan. Adalah hiasan2 cowboy, apache, kepala lembu dan sebagainya. Sesuai dengan namanya. Layanannya pun cepat. Sat jer duduk dah ada pelayan yang mengambil order. Menu simple. Set nasi kukus ayam panggang campur sup RM6. Air tembikai satu jug lain harga. Order pun cepat sampai. Ayam panggangnya pun sedap. Puas hatilah. Patutlah restoran ni popular di PD. Kalau nak lagi boleh order fish balls, hot dog dan sebagainya, Harganya berpatutan, layanan cepat dan makanannya sedap. Tu yang paling penting. Ditambah dengan persembahan live band yang memeriah dan menghidupkan suasana.


Tahniah pada pemiliknya. Katanya orang Sabah. Restoran ni memberi kelainan daripada restoran2 yang biasa. Tak lah asyik restoran tom yam, ikan bakar dan nasi campur jer kalau ke PD. Nak makan di hotel memang lah mahal. Janji makanannya sedap, servis cepat dan harga berpatutan. Pengunjung tak kisah sangatlah makan bawah kemah yang agak panas. Persembahan live band tu, bonus.

May 25, 2015

'Orang Jawa Tak Boleh Kahwin Sunda ?'

Trip ke Bandung kali ni dah masuk kali keempat. Tak ada apa yang nak diexcitedkan. Dah anak berhajat bebenau nak ke sana. Layankan jerlah. Naik Malindo Air terus ke airport Bandung. Tak seperti selalu landing di Jakarta dulu. Booking pun guest house untuk dua malam yang dekat dengan factory outlets. Jauh2 sangat nanti buang masa atas jalan. Bandung pun dah macet bangat.

Dari KLIA2 pukul 12.20 tengahari, Alhamdulillah sampai pukul 1.30 petang waktu Bandung. Masa penerbangan dalam 2 jam lebih. Bandung airport terletak dalam kawasan bandar. Kapalterbang nak landing lalu betul2 atas bumbung2 bangunan. Di lobby airport Pak Irfan dah sedia menunggu. Masih muda sekitar 30an umurnya. Nasib kami baik, tak macet sangat. Kurang 30 minit dah sampai guest house.

Selesai check in dan solat terus ke factory outlet. Tak lain tak bukan ke Rumah Mode lah. Hanya 700 meter dari guest house. Dengan kereta dalam 5 minit saja. Habiskan masa hampir 3 ke 4 jam di sini, Harga pakaiannya memang murah. Contohnya, beli 3 t shirt berkolar dan 2 kemeja tangan panjang yang branded tak sampai RM190. Purata kurang daripada RM40 sehelai. Mana nak dapat harga macam ni di KL. Patutlah outlet ni paling popular di Bandung. 

Hari kedua sebelum ke Pasar Baru singgah di Collector Parfum. Tak pernah ke sini sebelum ini. Pak Irfan yang recommend. First impression sampai ke kedai ni macam kedai jual minyak hitam kereta. Macam2 brand perfume ada dijual. Naik pening test bau. Harganya murah. 35ml RP35,000, 50ml RP50,000. Beli lah sikit untuk kenangan. Lepas tu terus ke Pasar Baru. Ni tempat favourite orang perempuanlah. Cari kain2 lace. Lepas habis di Pasar Baru, misi ke Bandung kali ni boleh dianggap selesai, Masa yang ada lagi Pak Irfan bawa kami ke outlet2 yang lain. Singgah dan tengok2 jer lah.



Dalam perjalanan ke airport untuk balik, tiba2 Pak Irfan buka cerita. 'Isteri saya orang Jawa, Pak. Saya Sunda.' Memanglah orang Sunda membentuk kaum majoriti di Bandung. 'Sebenarnya orang Jawa tak dibenar kahwin dengan Sunda.' sambung dia. Pasai ape pulak ? Belum sempat ditanya dia jawab. 'Orang Jawa tu umpama ibu dan Sunda anaknya. Kalau kahwin susah hidup nanti.' Ni dah mengarut bisik ku dalam hati. 'Sebabkan nak menikah jugak, ayah saya tak dibenarkan hadir di majlis itu. Hanya bapa2 saudara sahaja menemani.' Pak Irfan macam dah percaya sangat akibat larangan ini. Hidupnya kadangkala amat susah selepas berkahwin. Dia berjanji akan menasihatkan anak2nya tentang pantang larang ini.

Tak puas hati aku google isu ini. Untuk dapat sedikit penjelasan. Rupa-rupanya ada cerita mitos tentang Jawa dan Sunda. Kisah Perang Bubat. Copy paste jer kisah dari artikel berkaitan di bawah ni :
'Kisah pengkhianatan yang dilakukan Majapahit terhadap Pajajaran, hingga terjadilah peristiwa perang Bubat. Hingga mereka membuat aturan larangan estri ti luaran (beristri dari luar), yang isinya diantaranya tidak boleh menikah dari luar lingkungan kerabat Sunda, atau sebagian lagi mengatakan tidak boleh menikah dengan pihak Majapahit. Peraturan ini kemudian ditafsirkan lebih luas sebagai larangan bagi orang Sunda untuk menikahi orang Jawa

Untuk mempertahankan aturan itu, mereka menciptakan mitos, jika orang jawa yang menikah dengan orang sunda akan terancam keselamatan dan keutuhan keluarganya. Mereka tidak akan bahagia, selalu melarat, tidak langgeng dan hal tidak baik lainnya bakal menimpa orang yang melanggar aturan itu.'

Dalam artikel2 berkaitan, para2 ulama Indonesia sedang berusaha untuk menyedarkan orang ramai akan akibat mempercayai mitos ini. Pada asasnya jodoh, rezeki dan ajal maut itu adalah dari Allah swt. Aku tak pandailah nak nasihat Pak Irfan dalam hal2 agama. Nampak dia bersungguh mempercayai pantang larang ni. Moga dakwah agama khususnya berkaitan kepercayaan ini berhasil dan rakyat Indonesia tidak 'terleka' dengan cerita-cerita mitos ini. Wallahualam.

April 19, 2015

Apa Yang Tak Ada Di China ?

Tiada apa yang dicatat pada bulan lepas (Mac) sebagai kenangan. Tak ada yang menarik. Trip ke China bulan ni diharap dapat mengutip sedikit catitan untuk post bulan ni. Nama tempat yang nak dituju ni walaupun pendek agak susah nak disebut. Yiwu ? Sebutannya ialah EE YUU. Ikut lidah orang China sana lah. Trip kali ni bukan melancong. Temankan isteri survey2, cari barang.

Untuk ke sana, kena ambil flight Air Asia X ke Hangzhou. 5 jam penerbangan. Lepas tu naik bas selama 2 jam ke Yiwu. Perjalanan dengan bas agak selesa. Trafik pun ok tak jam. Tak ada yang menarik di sepanjang perjalanan. Sekali sekala kelibat keretapi laju dapat dilihat berulang alik antara Yiwu dan Hangzhou. Tak berpeluang menaiki keretapi ni kerana stesyennya agak jauh dari airport. Berbanding bas yang disediakan di dalam bangunan airport. 

Sampai di stesyen bas Yiwu tak ada sebuah teksi kelihatan. Tiba2 sekumpulan lelaki berlari-lari atau berlumba satu sama lain ke arah bas. Mereka ni kalau ikut istilah kita, Teksi Sapu. Agak agresif. Berebut-rebut cari penumpang. Nasib baik ada couple Melayu ni boleh berbahasa China. Share lah teksi dengan mereka untuk ke hotel. Sampai hotel dah hampir 5 petang. Rihat saja lah di bilik.

Yiwu International Trade City tempat dituju. 5 Blok atau dipanggil District, lebih 70,000 ruang kedai dan 10 juta produk dijual secara borong di sini. Pagi2 kami dah bersiap. Ambil breakfast awal, Jarak antara hotel dan komplek borong ni hanya 500 meter. Jalan kaki saja lah. Kalau naik teksi, lambat, Trafik jam. Lagi pun bukan senang dapat teksi.



Komplek borong ni atau dipanggil Market agak selesa. Ruang laluan pengunjung luas. Barang2 yang display disusun kemas. Rambang mata dibuatnya. 3 hari round market hanya dapat survey District 1 dan 2 sahaja. Setiap satu district pun tak habis pusing. Barang2 sini semua dijual secara borong dan boleh dicustommade. Ikut kuantiti. Ada yang minimum 500, 1,000 bahkan sampai berpuluh ribu. Kalau bernasib baik, kena cara memujuk penjualnya. Dapatlah beli satu untuk dijadikan sampel. Kualiti barang2nya memang baik dan memuaskan.

Agak mencuit hati juga bila produk2 cenderhati dari hampir seluruh dunia ada dibekalkan di sini. Contoh, barangan cenderhati yang pernah kami beli atau terima seperti dari Tanah Suci Mekah dan Madinah, Turki, Paris, UK dan sebagainya, semuanya boleh didapati di Yiwu. Patutlah ramai Pak2 Arab, Mat2 Saleh. warga Afrika, India dan Indonesia ramai berkunjung ke sini. Mereka semua adalah pemborong produk Yiwu untuk dipasarkan di negara mereka. 



Impak yang ketara ramainya kehadiran mereka ialah mudahnya mendapat restoran halal di Yiwu. Restoran makanan Arab, Turki dan India paling banyak. Bahkan menu yang disediakan hotel penginapan kami juga banyak makanan halal. Bab makanan halal ni Yiwu terbaik berbanding Beijing, Guangzhou dan Guilin yang pernah aku pergi. Banyak pilihan dan enak2 belaka.



Yang mengecewakan di Yiwu ialah tiada cenderhati yang boleh dibeli secara runcit. T-Shirt, miniature atau apa2 yang berkaitan dengan imej Yiwu memang tak ada. Pasar malam adalah. Sama jer macam kat Malaysia. Tak ada apa yang menarik.


Yiwu memang syurga bagi mereka yang ingin membeli produk secara borong. Harganya jauh lebih murah. Jenis barangannya pun banyak dan pelbagai. Selepas ke Yiwu baru aku faham bila ada yang buat joke 'Apa yang tak ada Kat China ? Semua boleh didapati. Cuma Mak dan Ayah jer yang tak ada.'

February 3, 2015

Bila 5 Series Kena Kayap


Mula2 rasa macam nak kena sakit pinggang. Mungkin dok lama sangat depan komputer. Kerja punya pasal. Teruskan juga lah. Makin lama makin lenguh rasanya. Ambil minyak angin sapu sikit. Usaha seterusnya beli koyok. Tampal. Bangun esok pagi dah ada macam ruam. Bertompok-tompok, berair, kemerahan dan bentuk menjalar bahagian belakang pinggang kanan hingga ke bawah pusat. Alamak kayap ni. Kayap ular ? kayap terbang ? kayap bunga ? Tak tau lah jenis apa.

Talipon Mak kat kampung. Dah tua2 ni pun selalu talipon Mak kalau ada hal. Mak suruh balik kampung. Berubat cara tradisional. Kata Mak kayap bahaya, jangan buat main2. Rasa malas pulak nak balik kampung. Terpaksa pakai kain drive jauh2. Dah tak boleh pakai seluar. Sakit dan bisa bila tersentuh. Fikir punya fikir, pergi kliniklah dulu. Biasalah, doktor bagi krim, pil anti biotik dan pain killer. Nampak agak kurang berkesan. Tanya 10 orang, 10 cara ubat kayap. Pening. Cuba ubat Cina Seh Seh pulak. Dia bagi ubat sapu dan makan. Alhamdulillah, berkesan. Tompok2 kayap dah mula kering. Tapi bisanya masih rasa.

Dah hampir sebulan lebih. Tompok2 kayap dah lama kering. Tapi kesakitan seperti dicucuk-cucuk, ngilu bila tersentuh kain dan kadang-kadang terasa bisa2. Heran jugak. Apa hal ni. Mula lah google tentang kayap. Komplikasi selepas kayap kering dipanggil Post Herpectic Neuralgia  (PHN).   PHN adalah komplikasi kayap yang lazim berlaku dan didefinasikan sebagai rasa sakit yang berlarutan melebihi 90 hari. Tu dia lamanya. Komplikasi ini diakibatkan oleh kerosakan pada urat saraf yang disebabkan oleh virus kayap. Ia kerap dialami oleh pesakit berusia 50 tahun ke atas.

Betul kata Mak. Kayap jangan buat main2. Apatalah lagi kena masa umur dah kategori 5 series. Sakit dan menyeksakan. Makan dah tak boleh sebarangan. Sea food, telor, kacang2 dah tak boleh sentuh. Macam orang lepas bersalin. Salah-satu usaha, mulalah ambil suplementary food untuk menguatkan imunisasi atau ketahanan badan. Sebab kayap boleh menyerang pada orang yang mempunyai imunisasi badan yang lemah. InsyaAllah dengan usaha pelbagai cara ni komplikasi kayap ini akan hilang dan sembuh.

December 11, 2014

2,500 km, 5 Hotel & Menunggu Salji di Turkey


Kawan yang pernah pergi ikut pakej ni dah warning. Trip macam ni agak memenatkan. Dok dalam bas lama dan asyik keluar masuk hotel. Tak kisah lah janji pergi Turkey. Trip paling jauh kali ni. Offer di Matta Fair tu agak menarik dan murah. Pergi dengan group seramai 29 orang. Ada 5 orang berpangkat Dato' bersama isteri masing-masing. Semua dah pencen.

Flight dari KL ke Istanbul lebih 11 jam. Nasib baik crew MAS tu jiran setaman. Dapatlah layanan special sikit. Sampai di airport Istanbul, Mr. Atilla dari Renk United Travel dah sedia menunggu. Kami terus naik bas menuju ke Bursa. Lebih kurang 3 jam perjalanan. Termasuk naik feri. Tempat2 lawatan di Bursa termasuklah Ulu Camii (Grand Mosque), Green Mosque dan makam. Sempat solat di masjid ni. Lepas makan round2 Silk Market. Barang2 perhiasan dan cenderhatinya agak menarik. Tapi harganya sikit mahallah. Ada antara ahli group merungut, 'Tak ada apa yang menarik di Bursa ni. Tak singgah pun tak apa.' Check in 1 malam di Bursa.

Pagi2 dah check out dan angkut beg. Menuju ke Pamukkale. Perjalanan makan masa lebih 7 jam. Kelibat Cotton Castle atau Pamukkale dari jauh jelas kelihatan di celah2 bukit. Putih bersih. Sungguh menakjubkan. Seronok dan lama kami menghabiskan masa di sini. Lepas tu terus ke hotel check in 1 malam.

Destinasi seterusnya ialah Capadocia, Dimaklumkan perjalanan akan mengambil masa lebih 10 jam. Tapi bila ambilkira makan, solat dan toilet, hampir 12 jam sebenarnya. Pertengahan jalan singgah dulu Konya. Melawat Mevlana Mesuem dan Sultanhani Caravanserai.

Sebelum sampai di hotel, Mr. Atilla maklumkan mungkin salji akan turun esok. Semua dah mula excited. Dari bilik hotel asyik menyelak langsir saja. Lepas subuh bila cuaca mula terang, barulah nampak keputihan salji di atas tanah, ranting dan daun2 pokok. Seronoknya kami semua. Dapat menyambut, melihat dan merasai salji di hari pertama winter di bumi Turkey untuk tahun ini. Dalam bas kami disarankan oleh Mr. Atilla membaca surah Al Fatihah tanda kesyukuran.


Capadocia terkenal dengan bentuk landskap mukabumi yang unik dan hot ballon. Melawat Underground City dan melihat kediaman2 yang dibina di dalam gua dan batu sungguh menarik. Malangnya, cuaca tak mengizikan kami mengikuti pengembaraan dengan hot ballon. Tak ada rezeki.

Setelah 2 malam di Capadocia, perjalanan diteruskan ke Bolu. Singgah di Ankara untuk melawat Tugu dan Muzium Kamal Ataturk. Sayangnya banyak foto kenangan di sini terdelete. Tinggal yang 1 ni jer.


Sempat juga berhenti di Highway Outlet. Window shopping kononnya. Satu jam setengah jer diberi. Ada pulak SALE !. Kedai beg tangan dan kasut kulit. Beli 1 dapat 1 lagi. Bukan mainlah semua. Leka di kedai ni. Rasa macam tak cukup masa yang diberi. Check in 1 malam di kawasan tanah tinggi Bolu.


Seperti biasa, pagi2 lagi dah angkut beg untuk ke Istanbul. Destinasi terakhir pakej pelancongan ni. Bolehlah dianggap kemuncak lawatan. Check in untuk 2 malam di sini. Banyak tempat menarik boleh dilawati di Istanbul. Yang sempat kami pergi termasuklah : Blue Mosque, Hagia Sofia, Makam Ayub Ansari, Topkapi Palace, Grand Bazar, Spice Market, River Cruise (Golden Horn) dan Kuzu Leather Store.




Bila difikirkan semula, ada hikmah sebaliknya bila Poto Travel tangguhkan tarikh lawatan kami. Dari 3hb November kepada 19hb November. Disebabkan tak cukup korum. Kalau pergi awal hari tu, taklah merasa salji. Itu semua kuasa Allah swt. Alhamdulillah.