May 25, 2015

'Orang Jawa Tak Boleh Kahwin Sunda ?'

Trip ke Bandung kali ni dah masuk kali keempat. Tak ada apa yang nak diexcitedkan. Dah anak berhajat bebenau nak ke sana. Layankan jerlah. Naik Malindo Air terus ke airport Bandung. Tak seperti selalu landing di Jakarta dulu. Booking pun guest house untuk dua malam yang dekat dengan factory outlets. Jauh2 sangat nanti buang masa atas jalan. Bandung pun dah macet bangat.

Dari KLIA2 pukul 12.20 tengahari, Alhamdulillah sampai pukul 1.30 petang waktu Bandung. Masa penerbangan dalam 2 jam lebih. Bandung airport terletak dalam kawasan bandar. Kapalterbang nak landing lalu betul2 atas bumbung2 bangunan. Di lobby airport Pak Irfan dah sedia menunggu. Masih muda sekitar 30an umurnya. Nasib kami baik, tak macet sangat. Kurang 30 minit dah sampai guest house.

Selesai check in dan solat terus ke factory outlet. Tak lain tak bukan ke Rumah Mode lah. Hanya 700 meter dari guest house. Dengan kereta dalam 5 minit saja. Habiskan masa hampir 3 ke 4 jam di sini, Harga pakaiannya memang murah. Contohnya, beli 3 t shirt berkolar dan 2 kemeja tangan panjang yang branded tak sampai RM190. Purata kurang daripada RM40 sehelai. Mana nak dapat harga macam ni di KL. Patutlah outlet ni paling popular di Bandung. 

Hari kedua sebelum ke Pasar Baru singgah di Collector Parfum. Tak pernah ke sini sebelum ini. Pak Irfan yang recommend. First impression sampai ke kedai ni macam kedai jual minyak hitam kereta. Macam2 brand perfume ada dijual. Naik pening test bau. Harganya murah. 35ml RP35,000, 50ml RP50,000. Beli lah sikit untuk kenangan. Lepas tu terus ke Pasar Baru. Ni tempat favourite orang perempuanlah. Cari kain2 lace. Lepas habis di Pasar Baru, misi ke Bandung kali ni boleh dianggap selesai, Masa yang ada lagi Pak Irfan bawa kami ke outlet2 yang lain. Singgah dan tengok2 jer lah.



Dalam perjalanan ke airport untuk balik, tiba2 Pak Irfan buka cerita. 'Isteri saya orang Jawa, Pak. Saya Sunda.' Memanglah orang Sunda membentuk kaum majoriti di Bandung. 'Sebenarnya orang Jawa tak dibenar kahwin dengan Sunda.' sambung dia. Pasai ape pulak ? Belum sempat ditanya dia jawab. 'Orang Jawa tu umpama ibu dan Sunda anaknya. Kalau kahwin susah hidup nanti.' Ni dah mengarut bisik ku dalam hati. 'Sebabkan nak menikah jugak, ayah saya tak dibenarkan hadir di majlis itu. Hanya bapa2 saudara sahaja menemani.' Pak Irfan macam dah percaya sangat akibat larangan ini. Hidupnya kadangkala amat susah selepas berkahwin. Dia berjanji akan menasihatkan anak2nya tentang pantang larang ini.

Tak puas hati aku google isu ini. Untuk dapat sedikit penjelasan. Rupa-rupanya ada cerita mitos tentang Jawa dan Sunda. Kisah Perang Bubat. Copy paste jer kisah dari artikel berkaitan di bawah ni :
'Kisah pengkhianatan yang dilakukan Majapahit terhadap Pajajaran, hingga terjadilah peristiwa perang Bubat. Hingga mereka membuat aturan larangan estri ti luaran (beristri dari luar), yang isinya diantaranya tidak boleh menikah dari luar lingkungan kerabat Sunda, atau sebagian lagi mengatakan tidak boleh menikah dengan pihak Majapahit. Peraturan ini kemudian ditafsirkan lebih luas sebagai larangan bagi orang Sunda untuk menikahi orang Jawa

Untuk mempertahankan aturan itu, mereka menciptakan mitos, jika orang jawa yang menikah dengan orang sunda akan terancam keselamatan dan keutuhan keluarganya. Mereka tidak akan bahagia, selalu melarat, tidak langgeng dan hal tidak baik lainnya bakal menimpa orang yang melanggar aturan itu.'

Dalam artikel2 berkaitan, para2 ulama Indonesia sedang berusaha untuk menyedarkan orang ramai akan akibat mempercayai mitos ini. Pada asasnya jodoh, rezeki dan ajal maut itu adalah dari Allah swt. Aku tak pandailah nak nasihat Pak Irfan dalam hal2 agama. Nampak dia bersungguh mempercayai pantang larang ni. Moga dakwah agama khususnya berkaitan kepercayaan ini berhasil dan rakyat Indonesia tidak 'terleka' dengan cerita-cerita mitos ini. Wallahualam.

No comments: