February 23, 2012

Bila Yang Cantik & Redup Tu Menyusahkan


Dah lama jugak tak ke Putrajaya. Kali ni terpaksa pergi. Ada urusan pembaharuan lesen SSM. Baru tersedar lesen rupanya dah expire 2 bulan lalu. Kaunter SSM ada di Presint 2. Tak perlulah ke Shah Alam atau KL. Ajak orang rumah sekali. Lepas selesai urusan nanti,  cadang2 nak ke tempat lain bersamanya.

Untuk ke Presint 2 terpaksa melalui Presint 3 dan 4. Suasananya amat mengasyikkan. Rekabentuk bangunan pejabat semuanya hebat. Landskap dan perabut jalan cantik2 belaka. Betul2 menggambarkan kemajuan negara. So, driving tak perlulah rushing. Trafik pun okey masa tu. Lancar.

Bila berhenti di traffic light. Tiba2 kawan sebelah menunjukkan isyarat seperti nak bertanya. Muda lagi orangnya. Isteri ku pun turunkan lah skrin kereta. 'Kak, nak tumpang tanya, macamana nak keluar dari sini ? Saya nak ke KL.'  Baru kami tersedar. Kebanyakan signboard di Putrajaya ni dilindungi pokok. Nak bagitau kat dia, kita pun tak ada panduan yang jelas. Signboard di tepi simpang nampak separuh je. 'Cuba cari signboard yang tunjukkan MEX highway, mungkin ada kat depan.' kata isteri ku kat dia. 'Dah dekat setengah jam saya asyik berpusing pusing kat sini.' keluh kawan tu. Bila lampu hijau dia pun ucap terima kasih lalu beredar laju. Nampak frust dia.

Masalahnya nampak kecil. Mungkin yang dah biasa, memanglah tak perasan benda ni. Yang merananya pengunjung2 luar yang baru pertama kali ke Putrajaya. Orang seperti aku ni pun terpaksa ajak isteri. Nak tolong tengok2kan panduan jalan ke SSM. Tak dinafikan hampir semua signboard arah jalan di Presint 2, 3 dan 4 terlindung oleh pokok. Patutlah kawan tadi terpaksa 'bertawaf' nak cari jalan keluar ke KL. Mungkin jadi satu pengalaman pahit bagi dia yang pertama kali ke Putrajaya.

December 30, 2011

Cerita Ikan Goreng


Masa zaman kanak2 dulu, ikan goreng macam dah jadi menu harian tetap kami sekeluarga.  Ikan kembong atau ikan gelama yang selalu digoreng Emak. Maklumlah 8 orang adik beradik. Jarang sungguh nak dapat makan lauk ayam atau daging. Abah dan Emak sesekali jamu  juga anak2nya lauk2 special tu. Selalunya  time Abah baru dapat gajilah. Abah pulak sekali sekala kalau free pergi menjala ikan di laut.  Kalau ada rezeki dapatlah makan ikan2 fresh. Memang lazat dan manis rasanya. Terutama kalau dapat ikan sembilang. Mak buat masak asam lada hitam. Fuhhh... memang terangkat.

Biasanya selain lauk lain, akan terhidang 2 ekor saja ikan goreng di atas pinggan. Sudah tentu ia menjadi lauk yang amat 'berharga' kepada kami adik beradik. Menjemunya hanyalah dengan mencubit isi ikan berselang seli ikut giliran. Penuh disiplin. Tak perlu berebut. Semua berpeluang merasa. Hingga tinggal tulanglah ikan2 tu dibuatnya. Tanda kami semua sudah puas menikmati masakan Emak pada hari tu.

Bila bercerita tentang ikan goreng ni teringat satu peristiwa agak melucukan. Kami dikunjungi keluarga abang Abah dari Singapura. Mereka datang berdua sahaja. Ayah dan anak perempuan sebaya kami. Kira budak perempuan tu sepupu kamilah. Nampak ramah dan lincahnya dia. Bila bercakap sleng Singapuralah. Puji saja negara dia. Kami adik beradik pangkat layan sajalah. Tetamu katakan.

Bila sampai time makan, Mak hidangkan dua ekor ikan kembong goreng sebagai salah satu menunya. Seronoknya dapat makan bersama sepupu yang pertama kali berjumpa. Dengan penuh sopan kami menjemputnya makan. Alangkah terkebil-kebilnya kami semua bila tetamu ni ambil seekor ikan goreng ke pinggannya. Diikuti lauk2 lain yang terhidang. Selamba je dia 'membedal' ikan goreng tu sorang2. Tinggal  seekor ikan tu pakat sharelah kami ramai2. Merungut juga adik2 kecil ku. Apa nak buat. Dia dah biasa gitu. Anak perempuan tunggal katakan. Tak ramai adik beradik pulak. 'Sabau aje le..' bak kata orang Melaka.