July 27, 2015

Memborong Barang Dari China


Trip ke China untuk memborong barang dah banyak kali juga. Trip pertama, ikutlah consultant atau ejen dari Malaysia. Nak survey dan belajar dulu. Tapi kalau satu group dah 20 ke 30 orang, tak banyaklah dapat dilihat, Masa diberi pun terhad. Kira tak puaslah untuk meneroka barangan China. Walaubagaimana pun, dapatlah sikit pengalaman tawar menawar dengan peniaga di China. Walaupun kebanyakannya langsung tak tau berbahasa Inggeris. Main pakai calculator lah bila menawar.

Pergi terus sendiri pun dah buat. Guangzhou dan Shenzen dah kerap pergi. Yang terbaru ke Yiwu. Dari pengalaman yang sikit ni, ada dua cara untuk memborong terus dari China. Yang pertama, pakai ejen memborong di China. Kebetulan ada kawan dah guna ejen ni. So, terus whastApp dia. Untuk mudahkan kerja, kita informlah ejen ni barang2 yang nak dicari sebelum pergi. Bila tiba sana, pencarian barangan jadi lebih mudah. Ejen ni lah yang akan bawa kita ke showroom2 yang berkaitan. Bila dah berkenan dan setuju dengan kualiti dan kuantiti barangan, ejen akan rekod dan buat tempahan. Selalunya beli cara borong ada kuntiti minimumnya. Selalunya paling kecil 100 ke 200 unit. Ikut jenis barang. Tak perlu bayar dulu. Semuanya melalui ejen. Bila barang dah siap dan ejen check dan berpuashati barulah kita bayar kepada ejen ni. Ejen akan bayar kepada pembekal. Selalunya barang2 akan sampai ke Port Klang dalam masa 14 hari.

Cara kedua yang dah pernah cuba ialah berhubung terus dengan pekilang atau pengeluar. Mula2 google lah melalui Ali Baba, pekilang2 barangan berkaitan yang dicari di China. Lepas tu berhubung melalui e mail. Minta quotation. Seterusnya buat appointment dan lihat sendiri keadaan kilang tersebut. Setelah semuanya ok, buatlah tempahan. Sesetengah kilang sanggup terima order minimum 300-400 unit. Cuma bila berurus terus dengan kilang ni kita kena bayar 30 peratus deposit dulu untuk confirm tempahan dan mereka boleh start buat order. Bila dah siap kena bayar bakinya. Baru lah mereka hantar barang melalui pelabuhan. 2 minggu insyaAllah sampailah.

Memborong barang2 China memang ada risiko. Apa yang dah dialami antaranya ialah jumlah barang yang dihantar tak cukup, rosak dan sebagainya. Ejen ni pun, bukan depa check semua barang. Cara random jer. Maklumlah kalau dah banyak kotak tak mampu lah ejen ni nak buka dan check semua. Pembekal2 kerap mengambil kesempatan. Nak hantar balik barang2 rosak ni mungkin costly dan tak berbaloi. 

Tak hairanlah bagi syarikat2 besar mereka tempatkan paling kurang seorang kakitangan untuk mengawasi urusan penyediaan dan pembekalan barangan di China. Bagi kita yang order tak banyak mane ni, tak mampulah buat macam tu. Tu yang kerap jadi mangsa. 

Walaubagaimana pun, barang2 dari China memang murah dan banyak pilihan. Pasaran sebenar mereka lebih untuk permintaan domestik. Dengan jumlah penduduknya yang besar sudah cukup untuk menyediakan pulangan yang lumayan kepada peniaga2nya. Kita yang dari luar ni terutama pemborong kecil2an dari Malaysia mungkin dianggap bonus kecil jer lah. Ada ok, tak ada pun tak per. Tu yang kerap ditipunya kita. Selamba jer mereka buat benda ni dan macam tak rasa bersalah langsung.

Walahualam.

No comments: