February 1, 2014

Mengejar Dolphins Di Bali


Trip ke Bali bersama keluarga ini dirancang untuk berehat selepas melalui tugasan bisnes 2 minggu yang amat memenatkan. Cari destinasi yang tidak berapa jauh. Yang tidak lebih 4 jam dalam kapalterbang. Aku bukan suka duduk dalam kapalterbang lama2. 3 jam penerbangan ke Bali pilihan tepat. 

Lapangan terbang Ngurag Rai di Bali telah melalui kerja2 renovation yang besar. Sempena persidangan APEC yang lalu. Masih ada kerja2 dijalankan. Dari udara menghampiri Bali, jelas tidak ada bangunan2 tinggi. 'Tidak boleh melebihi pokok kelapa' kata Affan. Pemandu pelancong yang mengiringi kami. Jalan bertingkat dan flyover pun tak dibenarkan. 

Bali kaya dengan seni dan budaya. Ia ditonjolkan dengan agak agresif. Di setiap persimpangan jalan dan roundabout samada di bandar atau desa ada saja statue2 boleh dilihat. Dalam bentuk pintu gerbang, pemimpin, pahlawan, dewa2 dan sebagainya. Pintu gerbang yang disebut angkul-angkul berbentuk gunung menjadi karekter utama Bali.

Tarikan2 Bali telah diketahui. Statue, pantai, gunung ganang, sawah padi, tapak sejarah, galeri dan sebagainya. Semuanya termasuk dalam senarai itinerary. 4 hari 3 malam boleh cover sebahagian besar. Temasuk shopping. Cari barang2 souvenir saja..Atau sedikit ole2.

Dolphin atau ikan lumba2 liar terdapat di pantai Lovina. Kena bertolak pukul 2 pagi dari hotel. Perjalanan 3 jam. Sampai lebihkurang pukul 5. Tunggu Subuh untuk solat. Lepas tu terus ke pantai Lovina. Tambang sampan 200,000 rupiah seorang.

Kebimbangan kami tentang ciri2 keselamatan sampan hilang bila melihatnya pertama kali. Sampan berkaki. Stabil bila dilambung ombak. Setiap group satu sampan. Kami berlima sahaja. Termasuk pengendali sampan.


Lebikurang 30 minit meredah laut. Hampir 20 sampan berkonvoi dengan kami. Laut masa tu agak berombak. Kelibat dolphin dicari. Suara sorakan kedengaran bila dolphin timbul. Semua sampan mengejarnya. Lepas tu hilang ke dasar laut. Kumpulan dolphin timbul lagi. Kejar lagi. Hilang semula. Begitulah aksi kami setiap kali dolphin timbul. Amat menyeronokkan. 


Setelah hampir 2 jam mengejar dolphins, sampan mula beredar menuju ke pantai. Kepuasan jelas terpancar di setiap wajah pelancong. Satu pengalaman baru yang mungkin sukar dilupakan. 

No comments: