February 9, 2014

Kopi Luwak Bali

Semasa di Bali sempat singgah tempat buat Kopi Luwak atau Kopi Musang. Sejenis kopi yang dihasilkan dari najis musang. Keinginan melihatnya sendiri selepas Majlis Fatwa Kebangsaan menghukumnya harus meminum kopi ni. 


'Musang tak mampu menghancurkan biji2 kopi yang keras. Haiwan ini hanya makan kulit buahnya sahaja.' jelas Ina yang menyambut kedatangan kami. Biji2 kopi yang keras dikeluarkan sebagai sisa najisnya. Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui. Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi. 


Musang2 ini ada yang dipelihara dan juga yang hidup liar di sekitar kebun. Lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Terdapat lebihkurang 50 pokok kopi ditanam untuk tujuan produk ini.




Biji2 kopi ini kemudiannya dijemur dan dibakar. Produk akhirnya ialah kopi yang memang popular di seluruh dunia.


Kami dijamu percuma pelbagai jenis kopi dan teh dipenghujung lawatan. Tapi kalau nak rasa Kopi Luwak kena order. Maklumlah, Kopi Luwak antara kopi termahal di dunia. Sebagai syarat orderlah secawan. Masing2 nak rasa. Share2lah. Memang unik dan sedap.

No comments: