August 17, 2013

Biasiswa PNB


Rasa amat lega dan bersyukur kepada Allah swt bila anak ku ditawar biasiswa PNB untuk belajar di UK dua tahun lalu. Selain dah dapat sponsor belajar, InsyaAllah lepas tamat nanti dah ada kerja menunggu. Mentaliti lama ni masih tak dapat dibuang dari kepala ku. Hanya 11 pelajar sahaja yang menerima biasiswa ini pada tahun itu daripada 23 tempat yang disediakan. 

Memang dah jadi cita2nya selama ini. Nak belajar di luar negara. Sebelum tu kena ambil A Level di Kolej KYUEM di Lembah Beringin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dah tamat dengan keputusan yang melayakkannya memohon universiti di UK.

Apa yang aku nak highlightkan ialah bilangan universiti yang pihak PNB benarkan pemegang biasiswanya memohon. Cuma 6. Cambridge, Oxford, LSE, UCL, Imperial dan Warwrick. Hebat2 belaka. Dah menjadi polisi PNB untuk memastikan pegawai2nya keluar dari universiti2 ternama. Sudah tentu kualiti kerja nanti tinggi. Memang tak dapat dinafikan. Ini membuatkan pelajar2nya perlu tekun dan berkerja keras semasa membuat A level lagi.

Aku bukan nak tegur PNB. Cuma beri pandangan je. Alangkah elok kalau senarai universiti diperbanyakkan ?. 6 universiti di atas amat competative. Tumpuan pelajar2 seluruh dunia. Menunggu peluang untuk permohonan kedua tak kan ada. Sponsor2 yang lain (tak payah sebutlah) selalunya memberi sekurang2nya 10 universiti terbaik di UK untuk dipilih. Peluang kepada pelajar lebih luas. Kursus2 yang sesuai pada bidang kerja PNB pun banyak. Taklah nanti pelajar2 terpaksa mengambil kursus yang 'kurang sesuai' dengan core bisnes PNB hanya untuk memastikan mereka boleh fly dan dapat masuk ke salah satu 6 universiti yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun ada bagusnya mendapat biasiswa PNB. Kalau tak dapat tempat di UK, pelajar2 diberi peluang ke universiti ternama di Australia atau di Malaysia. Biasiswa mereka tidak akan ditarik balik sekali pun gagal ke UK.Taklah seperti sesetengah sponsor yang menarik balik tawaran biasiswa kalau gagal mencapai keputusan A Level yang cemerlang. Walaupun pelajar2 tersebut dah dapat tempat universiti2 yang sponsor tersebut tetapkan di UK. Kes aniayalah jawabnya.

August 12, 2013

Anjung Sayang


Balik raya ke kampung kali ni terpaksa cari penginapan alternatif. Anak2 dan anak2 saudara semua dah besar2. Tak macam 5 ke 10 tahun dulu. Boleh tidor bersepah2 atau di mana2. 'Pakat dan' kata orang Kedah. Bila dah besar, masing2 nak tidor dalam bilik. Maklumlah. Tak kan dah jadi anak dara, kena tidor kat ruang tamu. Malu kat cousins lelaki mereka.

Satu hal lagi, 'first come first served basislah.'  Sape balik dulu, dapatlah bilik. Rumah Mak ada 2 bilik + 1 bilik bujang. Kami yang balik dari KL ada 5 keluarga. Setiap family dah ada 3 ke 6 orang anak. Ditambah dengan 3 keluarga lagi menunggu di Melaka. Semua anak2 dah besar2 belaka. So, yang lambat kenalah tidor di ruang tamu atau dapur. Tu yang anak2 tak syok. 'Nak salin baju pun payah' rungut mereka. Paling tak tahan time nak ke bilik airlah waktu pagi. Kena beratur panjang. Macam filem P.Ramlee dahhh...

Anjung Sayang jawapan terbaik terhadap isu ini. Homestay 3 bilik.  Baru siap dibina Abang Ipar di halaman rumahnya. Lokasi pun terbaik. Dekat rumah Mak. Senang nak bersembang dengan Mak dan adik beradik lain sebelum balik tidor. Tak jauh juga dari Pantai Puteri. Restoran dan tempat makan pun banyak terdapat di sekitarnya. Kamilah jadi pelanggan pertama homestay ni. Sewa bilik pun kira harga adik beradiklah.

Nak ambil peluanglah promote homestay ni. Kalau2 ada yang memerlukan penginapan di sana. Butir2 ada seperti di bawah :

Homestay 'Anjung Sayang' 
Area Tanjung Kling Melaka (Pantai Puteri) 
hanya 20minit ke Bandar Melaka...
Bilik untuk di sewa harian atau bulanan..
Harga RM120 (SAHAJA) utk satu malam..
Terdapat 3 bilik untuk di sewa..

Kemudahan yang di sediakan:
1. FREE WIFI
2. FREE + SAFETY CAR PARK
3. WITH AIR CONDITIONING
4. REFRIGERATOR
5. TV
6. VILLAGE ENVIRONMENT 

Untuk membuat tempahan sila hubungi:
ENCIK MAZLAN BIN MOHD AMIN
013-6300853 / 
06-3510570

Boleh juga rujuk terus ke blognya iaitu :
http://anjungsayangchalet.blogspot.com/

July 3, 2013

Klebang Original Coconut Shake


Kami sekeluarga kalau balik kampung di Melaka, mesti singgah restoran ni sebelum balik semula ke KL. Dah macam pekara wajib. Anak2 dan emaknya punya hajat. Ikutkan sajalah. Dapat beli seorang segelas cukup. Rasa puas. Happylah mereka semua sepanjang perjalanan.

Kalau beberapa tahun lalu, warung Coconut Shake ni hanya pondok kecil di tepi jalan utama antara Pekan Klebang  ke Bandar Melaka. Ikut jalan pantai. Kalau sesiapa yang masih tak tahu. Nak beli pun senang masa tu. Tak sampai beberapa minit dah dapat order kita. Rasanya memang lazat. Air kelapa dicampur ice cream menjadi resepi utama. Amat menyegarkan tekak. Tu yang depa tak boleh miss kalau balik kampung.

Tapi minggu lepas bila berkunjung ke restoran ni, keadaannya dah berubah. Dah bertambah maju. Yang nak minum di situ, ada restoran di belakang. Kena lalu lorong sempit sikit. Yang nak bungkus, order di depan. Di tapak warung yang asal. 

Terperanjant kami dengan suasananya sekarang. Taukeh restoran terpaksa mendapatkan bantuan anggota Rela untuk mengurus trafik. Parking untuk duduk minum penuh. Lorong keluar masuk yang sempit sedikit meyukarkan aliran kenderaan. Kena banyak bersabar. Kena give and take dengan kenderaan2 lain. Nak order bungkus lagilah. Panjang barisannya. Macam nak beli tiket bola final. Sesak trafik jalan utama disebabkan ramainya pengunjung ke restoran ni. Akhirnya, anak2 yang mengalah. 'Takpe lah Pa, lain kali sajelah.' Pusing kereta terus balik ke KL.

Tulah penangan Klebang Original Coconut Shake. Dalam hati rasa terkilan juga. Ialah hajat anak2 tak kesampaian. 'Kat Salak Tinggi pun dah ada coconut shake.' pujuk ku pada anak2. Diam saja mereka tak ada respon. Mungkin tak sama macam kat Klebang ni. Apa kan daya. Rezeki tak ada kali ni.

June 13, 2013

Cendol Bakar@Dengkil


Lebihkurang 100 meter dari persimpangan empat lampu isyarat antara Putrajaya-Dengkil-Bangi-KLIA, kita boleh nampak terpampang kain rentang 'Cendol Bakar'.  Rasanya bisnes ni baru beroperasi beberapa bulan lalu. Yang menariknya siap ada perkhidmatan 'Drive Thru' lagi. Walaupun premis perniagaannya nampak biasa2 saje. Dibina dengan struktur kayu. Tak segahnya premis McDonald.

Setiap kali berulang alik, mata pasti menoleh ke premis ni. Rasa ingin tahu sentiasa ada. 'Cendol Bakar ?. Macamana agaknya rupa hidangannya ?'. Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran. Pelanggannya nampak semakin ramai. Berdasarkan deretan kereta yang parking di sepanjang jalan. Terutama waktu petang lepas ofis dan hujung minggu.

'Jom singgah Cendol Bakar.' pelawa isteri ku dalam perjalanan balik dari Putrajaya. Tiada bantahan dari ku. Agak ramai pelanggan di kaunter masa kami sampai. Yang bagus tu, servisnya cepat. Isteri ku order cendol berperisa durian. RM3.00 semangkuk. 'Macam cendol biasa je.' bisik ku pada isteri. Selamba je tanya Kakak yang bertugas di situ, 'Mana cendol yang dibakar tu ?' 'Habislah cendol kalau dibakar Encik.' jawabnya sambil tersenyum. Dah agak dah bila dia jawab macam tu. 'Ohh, Bakar tu nama taukeh dialah ye.' balasku spontan. 'Kita semua dah 'dibakar' bang.' sampok pelanggan sebelah meja kami. Tergelak kami semua yang telah 'terpedaya' oleh gimik dari nama bisnes ni.

Walaubagaimana pun, cendol Bakar ni memang sedap. Agak lain dari cendol2 yang pernah dirasa. Patutlah pelanggannya semakin ramai. Yang tak nak makan di situ, boleh order terus dari kereta. Keistimewaan nama Bakar digunakan secara kreatif. Yang jelas ia berjaya menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pelanggan. Keenakan cendolnya pula sudah pasti menjadi faktor kedua dapat menarik terus kunjungan pelanggan.

Teringatkan Mee Abu kat Alor Setar...

May 2, 2013

Sedikit Tip Bila Pilih Teksi Di Jakarta



Sebelum ni bila ke Jakarta selalu ambil pakej ground sekali. Mudah bergerak. Bila sampai di airport dah ada yang tunggu. Rasa lebih selamat. Maklumlah kat negara orang.Tak kisahlah keluar modal lebih sikit. Janji selesa. 

Trip kali ni cuba nak jimat sikit. Buat keputusan ambil teksi sajalah untuk bergerak ke sana sini. Lagi pun bukan nak melancong. Nak cari dan survey barang2 je. Bila sampai di airport, terus ke kaunter teksi. Tak silap ada lima kaunter berlainan syarikat. Yang hairan tu, cuma satu kuanter ni yang orang beratur panjang. Yang lainnya, sepi. Kosong. Tanyakan isteri ku, mengapa jadi macam ni. 'Pesan kawan2 yang lain tu tak boleh percaya.' jawabnya ringkas. Walhal kaunter yang ramai orang ni menyediakan Mercerdes Benz dan Toyota Camry je. Tentulah mahal. Kami pilih yang murah sikitlah untuk ke hotel.

Esok paginya tak ada pilihan. Terpaksa ambil teksi warna kuning untuk ke destinasi kami. Cuma teksi jenis  Toyota Sedan ni je yang ada di hotel. Teksi pakai meter. Lebihkurang 30 minit sampai. Kat meter tercatit 375,000 rupiah Lebihkurang RM116.00. Mahal tu. Jaraknya bukanlah jauh sangat. Yang lebih teruk tu, driver teksi tu tak nak pulangkan baki tambang. Mohon sedekah kat dia pulak. Macam2 ragam depa ni.

Bila habis urusan, carilah teksi untuk balik ke hotel. Nampak orang ramai beratur sedang menunggu. Kami pun join. Dalam 20 minit tibalah giliran kami. Alamak teksi Mercerdes Benz. Warna hitam. Milik syarikat kat airport hari tu. 'Naik aje lah.' sama2 buat keputusan. 'Sejuta lebih le tambang ni kang.' bisik isteri ku. Berdegup-degup jantung bila tengok meter teksi ni asyik menambah angka. Lebihkurang 30 minit sampai kat hotel. 'Ok Bapak, tambangnya 115,000 Rupiah.' kata supir tu. Seperti tercatit di meter. Tak sampai RM40.00 ?. ' Biar betul.' Cepat2 aku bayar dan turun dari teksi. 'Betul ke dia kira ?' tanya isteri ku. 'Betullah kot.'  jawab ku ringkas.

Ternyata pesan kawan2 di Malaysia mengenai teksi di Jakarta, betul. Sedikit pengalaman ini mengesahkannya. Hanya teksi dari syarikat Golden Bird yang boleh dipercayai. Perkhidmatannya amat baik dan profesional. Jenis teksinya pun kelas. Patutlah kaunter lain2 teksi tu kosong je di airport. Dah ramai yang kena. Termasuk kami berdualah.


April 29, 2013

Bila Ruang Udara Pun Jam


Trip ke Jakarta kali ni naik KLM. Airline milik negara Belanda. Memilih airline ni sebab tambangnya murah sikit bila dibanding dengan yang lain. Isteri yang buat perbandingan2 ni semua. Biasalah orang perempuan. Cukup cekap part2 survey dan banding harga. 

Aku bukanlah suka sangat ke Jakarta ni. Tapi terpaksa. Kena temankan isteri mencari barang2 bisnes dia. Tempat2 membeli belahnya kebanyakan di kawasan2 lama yang sesak. Macam Pasar Senen, Tanah Abang, Mangga Dua dan lain2 lagi. Ke kawasan2 macam ni perlu berteman atau berkumpulan. Faktor keselamatan. Apatah lagi orang perempuan.

Yang aku paling tak berkenan ketika di Jakarta tu ialah macetnya. Atau trafik jam. Masa kita banyak terbuang di atas jalan. Memang letih dan menjemukan duduk lama2 dalam kereta. Walaupun kita hanya  duduk sebagai seorang penumpang.

Rasa seronok bila sampai kat airport untuk balik ke KL. Dah tak perlu mengalami kebosanan berada di atas jalanraya Jakarta yang sentiasa macet. Tapi keseronokkan ku rupanya sekejap saje. Nak take off pun lebih 40 minit lambat. Queue panjang. Pilot announced ada 8 kapalterbang sedang menunggu giliran di hadapan. Akhirnya  pukul 7.30 malam baru boleh terbang. Berbanding pukul 6 50 petang masa sepatutnya. Seperti dimaklumkan pilot lagi, penerbangan ni akan mengambil masa lebihkurang 1 jam setengah. 'Insya Allah pukul 9.30 malam sampailah tu.' bisik ku pada isteri.

Tapi, bak kata orang 'Kita boleh merancang, Allah juga yang menentukan.' Sampai ruang udara KLIA, kapalterbang ni tak boleh nak mendarat. 'Trafik udara sesak di KLIA'  kata pilot. Lama juga kapalterbang berlegar-legar di udara. Akhirnya, dimaklumkan terpaksa landing kat Subang. Minyak dah nak habis. 'Pulak dah.' merungut aku. Tersadailah kami semua kat Subang Airport. Tak dibenarkan turun pulak tu. Urusan isi minyak dan paper work agak lama juga. Ditambah ada sikit kerosakan pada penutup tangki minyak kapalterbang. Lamalah lagi masa diperlukan untuk memperbaikinya.

Tunggu punya tunggu, pukul 3 pagi baru semua settled. Masa penerbangan dari Subang ke KLIA hanya 20 minit je. Penerbangan pulang ku dari Jakarta kali ni mengambil masa lebih 8 jam. Rupa2nya bila ruang udara sesak, kesannya lebih teruk dari macetnya jalanraya.