June 30, 2014

Cabaran Solat Tarawih


Ramadhan dah tiba. Semua teruja. Maklumlah kali pertama nak buat solat tarawih di surau baru. Surau yang berjaya disiapkan awal Januari lalu. Hasil sumbangan wakaf dan sedekah orang ramai. Satu setengah tingkat. Lebihkurang RM1.16 juta kos pembinaannya. 

Perasaan berbeza. Tidak seperti sepanjang menunaikan solat fardhu berjemaah dan program2 ceramah yang telah diadakan. Kehadiran jemaah terkawal. Selalunya tidak lebih 3- 4 saf jemaah yang hadir. Yang bawa anak2 kecil pun tak ramai.

Untuk menyediakan peralatan dan keperluan tambahan tu, insyaAllah jawatankuasa boleh usahakan. Tambah kipas, pasang kemah, awning dan sebagainya, Alhamdulillah semua beres. Cuma yang satu ni agak membimbangkan. Anak2 kecil. 

Majoriti penduduk Desa Bestari terdiri daripada keluarga muda. Sudah tentu anak2 kecil membentuk cohort terbesar. Bila kedua ibu bapa ke surau. Anak2 ni terpaksa dibawa bersama. Apatah lagi malam pertama Ramadhan. Semangat masing2 tinggi nak solat tarawih.

Akhirnya yang dibimbangi terjadi juga. Bila dah ramai anak2 kecil. Boleh bayangkanlah. Riuh rendah, bising, hiruk piruklah dibuatnya. Berlari sana sini, menjerit, menangis, berkawat ulang alik depan jemaah bersolat. Ada jugak yang bawa pedang (mainan lah) ke surau.

Memang mencabar betul. Puas Pengerusi dan Pak Imam buat announcement. Senyaplah sekejap. Lepas tu start balik. Biasalah budak2. Bimbang juga kalau2 imam hafiz ni terganggu bacaannya. Nasib baiklah imam cool dan tabah. Nampak jelas wajah2 sedikit kecewa dan tidak selesa di kalangan para jemaah.

Isu2 macam ni, ibu bapalah kena faham. Kena berkorbanlah. Kalau dah 'menyusahkan' orang lain elok tak usah bawalah anak2 kecil ni ke surau lagi. Nak didik anak untuk merasai suasana surau pun buatlah secara bijaksana. Takut lain yang dihajatkan, lain pula yang dapat. 

Wallahualam.

June 15, 2014

Bila Logo Halal Jadi Penyelamat




Bila melancong ke China, tak kiralah Beijing ke, Guangzhao ke, Guilin ke atau mana2 bandaraya. Kalau guna khidmat ground pakej atau ejen pelancongan, mesti kita akan dibawa ke beberapa destinasi wajib. Seperti kedai teh, sutera, jade, ubat dan sebagainya. Tak kiralah dah berapa kali pergi. Ejen tu mesti bawa kita ke tempat2 ni. Kalau tak bawa, mereka boleh diblacklisted oleh kerajaan. Ni semua produk ada kepentingan kerajaan katanya.

Pertama kali pergi memanglah excited. Mendengar briefing yang diberi oleh jurujual China yang manis dan cun2 tu. Dapat ilmu baru. Dilayan dengan terbaik sekali. Yang tak seronok tu produk2nya mahal. Bayangkan satu botol minyak angin atau sekotak teh beratus-ratus yuan harganya. Tak masuk akal. Samalah produk jade dan sutera. Staff yang menjual pulak kuat temberang dan nampak agak agresif. Macam memaksa kita membeli. Kalau dah sampai beribu harganya. Parahlah. Bukan kita melancong ke China nak beli barang2 ni sangat. Satu dua bolehlah. Sebagai cenderahati. Agak2lah kalau nak sembelih orang.

Bila dah beberapa kali pergi, tiba2 kami dapat satu idea. Macamana nak mengelak 'dipaksa' dari membeli produk2 ni. Senang jer. Bagitau mereka, 'Very sorry, we Muslim from Malaysia aah.. cannot buy or use these products. Because no Halal certificate.' Tunjukkan contoh logo halal kat depa. Tercengang lah dibuatnya. Mati akal. Tiba2 jer semua jurujual tu hilang. Sunyi bilik briefing tu. Give up dengan kami agaknya. 

Tak tau berapa kali dan lama boleh guna modal ni. Kalau depa dah dapat sijil Halal nanti, kena cari alasan barulah jawabnya. Hahaha...

May 7, 2014

Pak Ngah Yahya Part 7 : Permintaan Terakhirnya


Tak sangka ada yang sudi mengikuti kisah ini. Dah lama tak tulis tentangnya. Last post bulan September 2012. 'Macam mana cerita seterusnya ?' Soalan dituju pada ku tempoh hari. Baru teringat. Dah janji ada sambungan pada post ke 6 lalu.Tu yang depa tanya.

Kembarnya, Jaafar jatuh sakit. Terpaksa masuk wad di Hospital Besar Melaka. Tiba2 Pak Ngah Jaafar bercerita masa kami melawatnya. 'Malam tadi aku bermimpi Yahya datang melawat. Dah berkeluarga dia. Ada 3 orang anak.' Kami dengar penuh minat. Terasa sayu juga dihati. Wajah Pak Ngah Jaafar nampak ceria bila bercerita tentang kembarnya. 

Selang berapa minggu kemudian Jaafar meninggal dunia. Dalam usia sekitar 60an. Kami sekeluarga agak kehairanan. Urusan bawa keluar jenazah dari hospital seolah-olah telah diuruskan seseorang. Semuanya dah beres. Tak ada kesulitan dan kelewatan langsung.

Mak ada bercerita selepas Pak Ngah Jaafar meninggal, 'Kalau Yahya meninggal dunia, dia minta disemadikan seperti manusia.' Agak terperanjat juga mendengarnya. Banyak persoalan timbul dalam fikiran. Bagaimana ia akan berlaku ? Apa tandanya ? Macam mana nak uruskan ? dan sebagainya.

Aku sempat bertanyakan kepada Ustaz yang mampu 'melihat' perkara2 seperti ini. Katanya, 'Yahya ni kehidupannya selama ini di laut dah sememangnya seperti mahluk sepertinya. Beristeri, bekerluarga dan sebagainya. Cuma darah yang mengalir di tubuhnya tetap darah manusia.'

Kami sekeluarga hanya mampu menanti. Tiba masanya, InsyaaAllah isyaratnya akan diperolehi. Semoga permintaan terakhir Pak Ngah Yahya dapat dipenuhi kami sekeluarga.

Wallahualam.

April 3, 2014

Trip ke Busan & Jeju : 'The Women Diver'




Kalau ke Pulau Jeju cari peluang untuk melihat sendiri golongan ini. Haenyeo atau Wanita Laut atau 'Women Diver'. Kami bernasib baik dapat bertemu mereka sedang beraksi. Mencari sumber makanan laut seperti siput, kerang dan sebagainya.

Sungguh mengkagumkan. Rata2 mereka ini berumur antara 50 dan 60an. Ada yang dah mencecah 80 tahun. Badan pun dah membongkok. Masih mampu menyelam ke dasar laut dalam suhu yang sejuk. Pada masa kami sampai suhu tepi pantai lebihkurang 7 darjah Celcius. Dalam air pasti lebih sejuk. 

Mereka menyelam tanpa memakai alat pernafasan. Perlu mengikat badan dengan ketulan timah seberat 7.5 kg. untuk memudahkan menyelam. Dimaklumkan mereka menyelam sampai 4 jam di dasar laut. Ada yang boleh menyelam sampai 20 meter ke dasar laut dan menahan nafas hingga 2 minit.

Dengan umurnya yang lanjut ada yang dah tak mampu mengangkat raga yang penuh dengan hasil.  Mengheret sahaja perlahan-lahan ke daratan. Kami pun sempat membantu mengangkatnya. Kesian pulak tengokkan mereka ni.

Hasil laut Jeju pernah menjadi salah-satu sumber ekonomi Korea. Peranan 'Women Diver' tidak dinafikan amat besar. Mereka menjadi ketua keluarga untuk mencari nafkah. Golongan suami tinggal di rumah menjaga anak2. Sebahagian besar telah berusaha sejak berumur belasan tahun lagi.

Nasib masa hadapan profesion ini tidak jelas. Jumlah 'Women Diver' merosot secara mendadak. Hanya tinggal kurang daripada 5,000 orang pada masa kini. Berbanding lebih 30,000 pada tahun 1950an. Golongan remaja tidak berminat. Kerja di pejabat yang berhawa dingin lebih selesa. Biasalah tu. Sama di mana2.

March 29, 2014

Syaitan Lari Sampai Terkentut




Ada 9 hadis yang dihuraikan panjang lebar oleh Ustaz Dr. Abdul Basit mengenai azan. Menarik dan amat informatif. Tak rugi mendengar lebih 1 jam. InsyaaAllah pahala dapat, ilmu pun dapat. Antara yang nak dishare termaksuklah :

Besar sungguh fadhilat menjadi Bilal atau Muazzin. Seluruh makhluk yang mendengar azan tu akan menjadi saksi di akhirat nanti. Termaksuklah jin, haiwan, pohon2, batu bata dan sebagainya. Ditambah pula sekarang ni dengan bantuan pembesar suara. Liputan laungan azan semakin luas. Lebih ramailah yang boleh mendengar dan seterusnya bakal menjadi saksi di depan Allah swt. Kata Ustaz, 'Bilal2 ni akan berjalan megah di akhirat nanti. Digambarkan tinggi tengkoknya. Bangga dan gembira.'

Puak iblis, syaitan dan sekutunya pula akan lari lintang pukang bila mendengar azan. Sampai terkentut-kentut. Jumhur ulama mentafsirkan mereka terkentut kuat supaya tidak dengar laungan azan. Tidak mau jadi saksi pernah mendengar azan semasa di dunia. Mereka datang balik selepas azan tamat. Untuk mengganggu kekhusyukan jemaah yang bersolat. 'Tu yang ada jemaah boleh teringat tempat hilang kunci semasa bersolat.' kata Ustaz.

Dengan adanya pembesar suara sekarang, adakah puak2 syaitan ni terpaksa lari lagi jauh atau kentut lebih kuat ? Pandangan Ustaz, ' Banyak tempat syaitan2 ni boleh lari sekarang. Termasuk tempat2 bising dan riuh rendah seperti pusat hiburan, pasar2, rumah2 yang buka tv dan radio kuat2 tanpa mengendahkan laungan azan dan sebagainya.'



Fikir2kan lah.

Wallahualam.

March 18, 2014

Trip ke Busan & Jeju : Bertemu Ulama Jeju

Bermusafir kali ini dapat pengalaman berbeza. Ikut abang Ipar yang kerap melancong ke luar negara. Caranya simple. Tak payah ambil 'ground package'. Memandu sendiri atau guna pengangkutan awam. Lebih jimat. Tak perlu bawa beg besar2. Ikut dialah. Orang dah berpengalaman. 

Sampai saja di Gimhae Intertnational Airport Busan, terus ambil flight ke Pulau Jeju. Lebihkurang 40 minit penerbangan. Lepas tu ambil bas ke tempat sewa kereta. Sewa MPV, sebab kami 7 orang. Guna GPS mudah dan efisyen. Key in jer nama, alamat atau no telepon dah dapat panduan ke destinasi. Terus check in di hotel dan dah boleh mula menerokai keindahan Jeju.




Memandangkan hari agak petang, kami round2 saje di pusat bandar Jeju. Kebetulan dapat maklumat kewujudan Jeju Islamic Center tak jauh dari hotel. Terus mencari. Payah juga nak dapat. Sebab tak ada maklumat dalam GPS. Kena berhenti tanya orang yang lalu lalang tepi jalan. Yang bagusnya orang Korea ni, mereka very helpful. Sanggup telepon kawan2 mereka dan tahan teksi yang lalu untuk dapatkan maklumat yang kami cari.

Akhirnya, dengan izin Allah swt dapat juga kami jumpa. Pusat ini terletak di sebuah bilik Tingkat 12 dekat Hotel Jejudo. Rezeki kami, Prof Hj. Mohd Bashir Kim Dae Yong ada di pejabat. Beliau ialah Presiden Taib Mahmud Islamic Center, Jeju dan Naib Presiden Regional Islamic Da'wah Council Of South East Asia and the Pasific (RISEAP). Seorang muaalaf dan mendapat pendidikan selama 11 tahun di negara timur tengah.

Cabaran menjalankan usaha2 dakwah di Korea amat besar. Budaya hidup jadi halangan utama. Contohnya, orang Korea dah biasa hidup tidak bertudung, minum arak, makan babi dan sebagainya. Untuk mengubah cara hidup begitu amat sukar. Bila masuk Islam kena buang tu semua. Kena solat 5 kali sehari. Payah bagi mereka. Pendek kata, hidayah masih tiada. Antara penerangan dan keluhan Prof. Kim pada kami.



Prof. Kim kerap ke Malaysia. Selain untuk urusan rasmi, menziarah anak lelakinya yang menuntut di UIAM Gombak dalam jurusan Landscape Architecture. Makanan masakan Melayu menjadi kegemarannya. Pertemuan selama lebihkurang 1 jam cukup informatif. Facebook Jeju Islamic Center bakal menjadi ruang perhubungan dan mendapatkan  maklumat perkembangan usaha2 dakwahnya.

Semoga agama Islam terus berkembang di Jeju. InsyaaAllah.