April 26, 2012

Dah Kena Marah Baru Nak Berbunga ?


Terjumpa Pokok Kesidang ni masa pergi melawat Floria Putrajaya 2011. Tak silap dalam bulan Julai tahun lepas. Dah lama juga mencarinya. Berkenan kat bau bunganya. Memang harum. Ala2 bau daun pandan. Ada pula kata macam bau nasi lemak. Lebih popular macam aroma nasi tengah masak. Pokok ni juga dipanggil Kerak Nasi. Kerajaan Melaka amat suka kat bunga pokok ni. Tu sebab dijadikan bunga rasmi negeri.

Dah hampir 9 bulan membelanya. Tak nampak tanda2 nak berbunga. Baja berganti baja dijamu kat dia. Asyik penuh dengan daun je. Mulahlah naik hot. Satu petang tu, sajalah bercakap dengan pokok ni. 'Hang ni bila nak berbunga ?. Puas dah aku bubuh baja !!!' Tinggi juga nada suara tu. Nasib baik jiran sebelah tak ada. Nanti apa pulak dia kata kat aku.

Tak disangka, selang dua tiga hari dah mula nampak tanda2 pokok ni nak berbunga. Di celah daunnya kelompok2 bunga jelas berputik. Punyalah seronok. Kewangian bunganya dah mula dapat dihidu. Sejak tu, bila lalu tepi pokok ni amat menyeronokkan. Harum sungguh. Tiap2 petang petik beberapa kuntum. Saje letakkan dalam rumah dan bilik tidur. Dah tak payah pakai fragrance lagi. Cukup dengan bunga kesidang ni. Sekarang ni bila siram air kat pokok ni, mulalah cakap lembut2 dengannya. 'Bunga banyak2 lagi okey...' Dia pun makhluk Allah swt juga. Perasaan tu mungkin ada. Wallahualam.

March 23, 2012

Cerita Bisnes Ana's Kitchen



Bermula dengan hobi. Lepas tu cuba2 dan beranikan diri ambil order. Customer2 awal sudah tentulah di kalangan adik beradik dan jiran2 terdekat. Kenduri kahwin, hari jadi dan hari raya lah masa paling sibuk menerima tempahan dari mereka2 ni.

Nak buka kedai, tak ada modal. Mulalah secara online. Blog 'Ana's Kitchen' dibuka. Komen budak2 IT 'Macam blog budak sekolah je...' Tak apa. Saba' je lah. Tiap kali ada 'projek'. Ambil gambar dan postkan kat blog. Lama2 banyaklah isi blognya. Dah hampir 3 tahun lah katakan. Bila  dah pandai linkkan  dengan facebook. Lagi mudah promote blog ni. Visitors takat ni pun dah lebih 22,000. Ada jugak yang sudi jadi followers. Alhamdulillah.

Kawan2 maya dan tak maya pun bertambah dari hari ke hari. Ada group lagi. Dapat share dan bertukar tukar maklumat dan skil2 terkini berkaitan bidang ni. Kalau ada peluang ilmu baru tak mahu dilepaskan. Tak kiralah dalam atau luar negara. Tak mahu berhenti belajar. Bisnes ni sentiasa berkembang. Tak nanti, jadi out dated pulak. Persaingan online dan off line memang hebat. Usaha perlu diteruskan. InsyaAllah. Untuk  cerita detailsnya, kliklah kat url ni :

February 23, 2012

Bila Yang Cantik & Redup Tu Menyusahkan


Dah lama jugak tak ke Putrajaya. Kali ni terpaksa pergi. Ada urusan pembaharuan lesen SSM. Baru tersedar lesen rupanya dah expire 2 bulan lalu. Kaunter SSM ada di Presint 2. Tak perlulah ke Shah Alam atau KL. Ajak orang rumah sekali. Lepas selesai urusan nanti,  cadang2 nak ke tempat lain bersamanya.

Untuk ke Presint 2 terpaksa melalui Presint 3 dan 4. Suasananya amat mengasyikkan. Rekabentuk bangunan pejabat semuanya hebat. Landskap dan perabut jalan cantik2 belaka. Betul2 menggambarkan kemajuan negara. So, driving tak perlulah rushing. Trafik pun okey masa tu. Lancar.

Bila berhenti di traffic light. Tiba2 kawan sebelah menunjukkan isyarat seperti nak bertanya. Muda lagi orangnya. Isteri ku pun turunkan lah skrin kereta. 'Kak, nak tumpang tanya, macamana nak keluar dari sini ? Saya nak ke KL.'  Baru kami tersedar. Kebanyakan signboard di Putrajaya ni dilindungi pokok. Nak bagitau kat dia, kita pun tak ada panduan yang jelas. Signboard di tepi simpang nampak separuh je. 'Cuba cari signboard yang tunjukkan MEX highway, mungkin ada kat depan.' kata isteri ku kat dia. 'Dah dekat setengah jam saya asyik berpusing pusing kat sini.' keluh kawan tu. Bila lampu hijau dia pun ucap terima kasih lalu beredar laju. Nampak frust dia.

Masalahnya nampak kecil. Mungkin yang dah biasa, memanglah tak perasan benda ni. Yang merananya pengunjung2 luar yang baru pertama kali ke Putrajaya. Orang seperti aku ni pun terpaksa ajak isteri. Nak tolong tengok2kan panduan jalan ke SSM. Tak dinafikan hampir semua signboard arah jalan di Presint 2, 3 dan 4 terlindung oleh pokok. Patutlah kawan tadi terpaksa 'bertawaf' nak cari jalan keluar ke KL. Mungkin jadi satu pengalaman pahit bagi dia yang pertama kali ke Putrajaya.