April 5, 2012
March 23, 2012
Cerita Bisnes Ana's Kitchen
Bermula dengan hobi. Lepas tu cuba2 dan beranikan diri ambil order. Customer2 awal sudah tentulah di kalangan adik beradik dan jiran2 terdekat. Kenduri kahwin, hari jadi dan hari raya lah masa paling sibuk menerima tempahan dari mereka2 ni.
Nak buka kedai, tak ada modal. Mulalah secara online. Blog 'Ana's Kitchen' dibuka. Komen budak2 IT 'Macam blog budak sekolah je...' Tak apa. Saba' je lah. Tiap kali ada 'projek'. Ambil gambar dan postkan kat blog. Lama2 banyaklah isi blognya. Dah hampir 3 tahun lah katakan. Bila dah pandai linkkan dengan facebook. Lagi mudah promote blog ni. Visitors takat ni pun dah lebih 22,000. Ada jugak yang sudi jadi followers. Alhamdulillah.
Kawan2 maya dan tak maya pun bertambah dari hari ke hari. Ada group lagi. Dapat share dan bertukar tukar maklumat dan skil2 terkini berkaitan bidang ni. Kalau ada peluang ilmu baru tak mahu dilepaskan. Tak kiralah dalam atau luar negara. Tak mahu berhenti belajar. Bisnes ni sentiasa berkembang. Tak nanti, jadi out dated pulak. Persaingan online dan off line memang hebat. Usaha perlu diteruskan. InsyaAllah. Untuk cerita detailsnya, kliklah kat url ni :
Labels:
Keluarga Ku
February 23, 2012
Bila Yang Cantik & Redup Tu Menyusahkan
Dah lama jugak tak ke Putrajaya. Kali ni terpaksa pergi. Ada urusan pembaharuan lesen SSM. Baru tersedar lesen rupanya dah expire 2 bulan lalu. Kaunter SSM ada di Presint 2. Tak perlulah ke Shah Alam atau KL. Ajak orang rumah sekali. Lepas selesai urusan nanti, cadang2 nak ke tempat lain bersamanya.
Untuk ke Presint 2 terpaksa melalui Presint 3 dan 4. Suasananya amat mengasyikkan. Rekabentuk bangunan pejabat semuanya hebat. Landskap dan perabut jalan cantik2 belaka. Betul2 menggambarkan kemajuan negara. So, driving tak perlulah rushing. Trafik pun okey masa tu. Lancar.
Bila berhenti di traffic light. Tiba2 kawan sebelah menunjukkan isyarat seperti nak bertanya. Muda lagi orangnya. Isteri ku pun turunkan lah skrin kereta. 'Kak, nak tumpang tanya, macamana nak keluar dari sini ? Saya nak ke KL.' Baru kami tersedar. Kebanyakan signboard di Putrajaya ni dilindungi pokok. Nak bagitau kat dia, kita pun tak ada panduan yang jelas. Signboard di tepi simpang nampak separuh je. 'Cuba cari signboard yang tunjukkan MEX highway, mungkin ada kat depan.' kata isteri ku kat dia. 'Dah dekat setengah jam saya asyik berpusing pusing kat sini.' keluh kawan tu. Bila lampu hijau dia pun ucap terima kasih lalu beredar laju. Nampak frust dia.
Masalahnya nampak kecil. Mungkin yang dah biasa, memanglah tak perasan benda ni. Yang merananya pengunjung2 luar yang baru pertama kali ke Putrajaya. Orang seperti aku ni pun terpaksa ajak isteri. Nak tolong tengok2kan panduan jalan ke SSM. Tak dinafikan hampir semua signboard arah jalan di Presint 2, 3 dan 4 terlindung oleh pokok. Patutlah kawan tadi terpaksa 'bertawaf' nak cari jalan keluar ke KL. Mungkin jadi satu pengalaman pahit bagi dia yang pertama kali ke Putrajaya.
Labels:
Dari Pemerhatian Ku
February 20, 2012
February 15, 2012
January 30, 2012
January 13, 2012
Georgetown and Melaka World Heritage Cities
Labels:
Video
Subscribe to:
Posts (Atom)
